Saturday, August 17, 2013

Lasagna


2.8.2013. pertama kali saya buat Lasagna sempena birthday umi. Jom saya share resepi untuk Lasagna ni okay :). Untuk Lasagna ini saya bahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian A ( Topeng ), bahagian B ( inti daging ), bahagian C ( sos putih ), bahagian D (instant Lasagna )

---------------------------------------------------------------------------------------

Bahan bahan yang diperlukan :

Bahagian A:
- Mozarella cheese
- Parmesan cheese

Bahagian B:
- Bawang putih + bawang besar ( ditumbuk halus )
-Daging rincik
-Tomato puri / Prego
-cendawan butang ( dihiris)
-Oregano
- Lada hitam
-Garam secukup rasa

Bahagian C :
- 3/4 sudu tepung gandum
-setengah buttercup
-setengah keju cheddar
-Fresh milk (600 ml )
-garam secukup rasa

Bahagian D:
-Instant Lasagna
-air
-Garam sedikit
-----------------------------------------------------------------------------------------

Cara-caranya :

1. Untuk membuat Bahagian B iaitu inti daging, tumiskan bawang besar dan bawang putih yang ditumbuk. selepas itu, masukkan daging yang dicincang, prego/ tomato puri, cendawan butang yang dihiris, lada hitam, oregano dan garam secukup rasa. Lada hitam dan serbuk oregano adalah pilihan.

2. Untuk membuat Bahagian C,masukkan buttercup. Selepas buttercup cair masukkan susu fresh milk, keju cheddar dan tepung gandum. Kacau sehingga sos putih ini tidak berketul ketul.Garam secukup rasa.

3. Untuk Bahagian D instant Lasagna, rebus lasagna dengan kuantiti air yang sederhana banyak, masukkan sedikit minyak supaya tidak melekat dan garam secukup rasa.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

So now kita dah siap semua bahagian tu iaitu bahagian B, C dan D. susun di dalam bekas dengan mempunyai tiga lapisan. Lapisan bawah sekali dengan kepingan lasagna, kemudian  inti daging dan akhir sekali sos putih. Susun berturut tiga lapisan ini ( ikot kepada saiz bekas berapa lapisan ) dan bila dan habis semua, boleh letak bahan Bahagian A iaitu mozarella cheese dan parmesan.

Make sure oven dah panas awal awal dengan suhu 180 degree celcius. Bakar dalam 30-45 minit dengan menggunakan api atas bawah. Done :)



















No comments:

Post a Comment