kepadamu
aku meminta.
kepadamu
aku berserah.
kepadamu
aku berlindung.
moganya hati ini dijaga.
Erat. Rapat.
dan kepadamu.
Dia.
Thursday, August 29, 2013
Thursday, August 22, 2013
manusia begitu
Manusia
dikatanya itu ini.
Bila ada yang bersuara,
Dikatanya cuba melawan,
cuba membantah.
Manusia,
Pemikirannya selalu begitu.
katanya,
jadi manusia
Dia tidak boleh bersuara
tidak boleh berkata apa apa
Manusia,
sememangnya begitu
Cetek.
-Hiedayusof-
Tuesday, August 20, 2013
perasaan itu
Perasaan itu
datangnya tiba tiba
tanpa diduga
aku bertanya
adakah ianya hanya suka suka
lamanya aku sedar
bahawa ianya pasti
pasti perasaan itu bukan hanya sukasuka
perasaan itu adalah nyata.
datangnya tiba tiba
tanpa diduga
aku bertanya
adakah ianya hanya suka suka
lamanya aku sedar
bahawa ianya pasti
pasti perasaan itu bukan hanya sukasuka
perasaan itu adalah nyata.
Saturday, August 17, 2013
Lasagna
2.8.2013. pertama kali saya buat Lasagna sempena birthday umi. Jom saya share resepi untuk Lasagna ni okay :). Untuk Lasagna ini saya bahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian A ( Topeng ), bahagian B ( inti daging ), bahagian C ( sos putih ), bahagian D (instant Lasagna )
---------------------------------------------------------------------------------------
Bahan bahan yang diperlukan :
Bahagian A:
- Mozarella cheese
- Parmesan cheese
Bahagian B:
- Bawang putih + bawang besar ( ditumbuk halus )
-Daging rincik
-Tomato puri / Prego
-cendawan butang ( dihiris)
-Oregano
- Lada hitam
-Garam secukup rasa
Bahagian C :
- 3/4 sudu tepung gandum
-setengah buttercup
-setengah keju cheddar
-Fresh milk (600 ml )
-garam secukup rasa
Bahagian D:
-Instant Lasagna
-air
-Garam sedikit
-----------------------------------------------------------------------------------------
Cara-caranya :
1. Untuk membuat Bahagian B iaitu inti daging, tumiskan bawang besar dan bawang putih yang ditumbuk. selepas itu, masukkan daging yang dicincang, prego/ tomato puri, cendawan butang yang dihiris, lada hitam, oregano dan garam secukup rasa. Lada hitam dan serbuk oregano adalah pilihan.
2. Untuk membuat Bahagian C,masukkan buttercup. Selepas buttercup cair masukkan susu fresh milk, keju cheddar dan tepung gandum. Kacau sehingga sos putih ini tidak berketul ketul.Garam secukup rasa.
3. Untuk Bahagian D instant Lasagna, rebus lasagna dengan kuantiti air yang sederhana banyak, masukkan sedikit minyak supaya tidak melekat dan garam secukup rasa.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
So now kita dah siap semua bahagian tu iaitu bahagian B, C dan D. susun di dalam bekas dengan mempunyai tiga lapisan. Lapisan bawah sekali dengan kepingan lasagna, kemudian inti daging dan akhir sekali sos putih. Susun berturut tiga lapisan ini ( ikot kepada saiz bekas berapa lapisan ) dan bila dan habis semua, boleh letak bahan Bahagian A iaitu mozarella cheese dan parmesan.
Make sure oven dah panas awal awal dengan suhu 180 degree celcius. Bakar dalam 30-45 minit dengan menggunakan api atas bawah. Done :)
Subscribe to:
Posts (Atom)