Ya Allah ya rahman ya rahim ya a'lim ya a'zim ......
" Sesungguhnya Engkau maha mengetahui segalanya. Mengetahui setiap perancangan yang kau tetapkan untuk diriku ini, mengetahui setiap apa yang aku rasa dalam hatiku ini. Kau jagakanlah hatiku ini. Semoga semuanya baik sahaja.Tabahkan dan kuatkan semangatku dalam menghadapi setiap cabaran liku-liku kehidupan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik untuk diriku. Moga aku redha, terima qadha qadar yang telah Engkau tetapkan. Aku percaya. Percaya Engkau adalah sebaik baik perancang.
Jagalah hatiku ini dengan sebaiknya. Kau jauhkan apa yang patut, dekatkan apa yang perlu "
Amin.
No comments:
Post a Comment